Rejim Zionis bantah UNESCO, lulus pembinaan 31 unit penempatan haram baharu

AL-KHALIL, 1 Okt 2017 — Rejim Zionis hari ini meluluskan pembinaan 31 unit rumah penempatan haram baharu di kejiranan Hezekiah di kota al-Khalil, sebagai membantah keputusan UNESCO yang telah mengisytihar kota tersebut sebagai warisan Palestin.

Cadangan pembinaan tersebut telah diusulkan oleh Menteri Pelajaran, Naftali Bennett dan Menteri Dalam Negeri, Aryeh Deri.

Menteri Keadilan, Ayelet Shaked, mendakwa bahawa kini telah tiba masa untuk meluaskan penempatan Yahudi di al-Khalil sebagai membantah keputusan UNESCO. Manakala Menteri Perlindungan Alam Sekitar, Ze’ev Elkin, mendakwa bahawa kelulusan tersebut adalah tindak balas terhadap keputusan menerima Palestin sebagai ahli badan polis dunia INTERPOL.

Majlis Keselamatan PBB telah meluluskan resolusi 2334 pada 23 Disember 2016, yang mendesak semua aktiviti penempatan Yahudi di kawasan terjajah di hentikan segera.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts