Rejim Zionis bantu pertubuhan pelampau Yahudi bina pejabat di atas tanah penduduk Palestin

BEIT LAHM, 9 Mei 2016 (Maan) — Sebuah bangunan besar untuk kegunaan pertubuhan pelampau Yahudi Amana Association mula dibina di kejiranan Sheikh Jarrah di al-Quds Timur.

Bangunan tersebut dibina di atas tanah keluarga Abu Taah, bersebelahan dengan Hospital Saint Joseph yang dikhususkan untuk penduduk Palestin di Tebing Barat dan al-Quds.

Amana Association merupakan sebuah pertubuhan yang mendirikan dan meluaskan penempatan haram Yahudi, serta bertanggungjawab ke atas pos-pos haram Yahudi di dalam wilayah Palestin yang terjajah.

Pemerintah Zionis dilaporkan merampas tanah keluarga Abu Taah melalui proses pemindahan hakmilik secara haram dan kemudiannya diserahkan kepada Amana Association.

Shaik Jaraah merupakan salah satu kawasan kejiranan Palesitn di al-Quds Timur yang paling terdedah kepada usaha ZIonis untuk merampas tanah, kerana lokasinya yang berdekatan dengan Kota Lama dan penempatan haram Ramat Eshkol dan Givat Shappira serta Universiti Hebrew.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts