Rejim Zionis batal pengiktirafan ijazah Universiti al-Quds

BAITULMAQDIS, 4 Dis 2018 — Menteri Buruh dan Kebajikan Zionis, Haim Katz, membatalkan keputusan untuk mengiktiraf ijazah pengajian sosial yang dikeluarkan oleh Universiti al-Quds di bandar Abu Dis, Baitulmaqdis Timur.

Katz mendakwa sejarah hasutan dan aktiviti anti-penjajah yang sering diadakan di kampus tersebut menyebabkan pembatalan tersebut.

Universiti al-Quds, yang dikepung oleh Tembok Pemisah Zionis, ditubuhkan pada tahun 1984. Lebih 20,000 pelajar mengikuti pengajian ijazah dan masters di situ.

(PIC, IMEMC, PNN)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts