Rejim Zionis batalkan kerakyatan ribuan penduduk Arab

GURUN NAQAB, 27 Ogos 2017 — Rejim Zionis membatalkan kerakyatan ribuan penduduk Arab, yang dikenali sebagai orang Arab Israel, yang tinggal di kawasan Gurun Naqab dengan menukar status mereka daripada “kerakyatan” kepada “penduduk” sekaligus membatal berbagai hak asasi mereka.

Tindakan tersebut dibuat secara rahsia oleh pejabat Kementerian Dalam Negeri Zionis di Beersheba, ketika penduduk Arab terbabit membuat permohonan untuk memperbaharui kad pengenalan atau passpot mereka.

Dengan pertukaran tersebut, penduduk Arab terdedah kepada layanan keras dan sekatan perjalanan, selain daripada pengguguran hak untuk mengundi.

(MEMO, Days of Palestine)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts