Rejim Zionis bayar pampasan RM 71 juta kepada pendatang Yahudi

RAMALLAH, 31 Jan 2019 — Rejim Zionis mula membayar pampasan berjumlah 64 juta Shekel (RM 71.6 juta) kepada pendatang Yahudi yang dipaksa keluar dari pos-pos penempatan haram Amona, Ofra dan Netiv Ha’avot.

Mereka dipindah keluar kononnya kerana pos-pos haram tersebut “dibina tanpa kebenaran pihak berkuasa.”

Rejim penjajah hari ini membuat pengumuman bagi pembayaran kepada 40 keluarga pendatang Yahudi yang dipindahkan ke kawasan penempatan baharu di Amichai, utara Ramallah.

Bagaimanapun pemimpin kumpulan pendatang itu, Yisrael Gantz, tetap berharap suatu hari nanti untuk pulang ke Amona.

(MEMO)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts