Rejim Zionis benarkan Ahli Parlimen ceroboh masuk al-Aqsa

BAITUL MAQDIS, 2 Julai 2017 (PIC) — Rejim Zionis akan membenarkan Ahli Parlimennya menceroboh masuk ke dalam Masjid al-Aqsa mulai minggu hadapan, apabila tamatnya tempoh larangan ke atas Ahli Perlimen dan menteri Zionis selama setahun setengah.

Februari lalu, Jawatankuasa Etika Parlimen Zionis membatalkan arahan menghalang Ahli Parlimennya daripada menceroboh tapak suci umat Islam itu.

Pada 8 Oktober 2015, pemimpin Zionis Benjamin Netanyahu melarang Ahli Parlimen Zionis, termasuk mereka yang mewakili parti Arab, memasuki Masjid al-Aqsa sehingga dikeluarkan arahan baharu ekoran tercetusnya Intifadah al-Quds.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts