Rejim Zionis bimbang kejatuhan Pihak Berkuasa Palestin

NAZARETH, 27 Feb 2018 — Dalam laporan berjudul “Kem Militan Keluar Dalam Kegelapan”, pihak keselamatan Zionis bimbang kelemahan Pihak Berkuasa Palestin (PA), yang dijangka berakhir dengan kejatuhan, akan mencetus Intifadah Ketiga.

Ketegangan di selatan Gaza dan sempadan utara Tebing Barat dijangka menjadi medan pertempuran apabila elemen-elemen Fatah yang terlibat dalam konfrontasi dengan Zionis mengambil alih peranan PA, sebagaimana pernah terjadi dalam Intifadah Kedua.

Faktor-faktor lain seperti pemindahan pejabat kedutaan Amerika ke Baitulmaqdis serta bantahan-bantahan yang tercetus setelah pengisytiharan Trump akan mnyebabkan penduduk Palestin menjadi hilang harapan sehingga mendorong tercetusnya intifadah.

Dipercayai bahawa kem-kem pelarian di Tebing Barat akan mencetus konfrontasi di masa akan datang.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts