BAITULMAQDIS, 19 Feb 2018 — Rejim Zionis membina sebuah sekatan baharu di hujung perkampungan al-Walaja di Baitulmaqdis Timur, sebagai sekatan terakhir bagi menghalang laluan penduduk Palestin ke Taman Negara Emek Refaim yang dibina di atas tanah penduduk kampung tersebut.
Proses pembinaan sekatan tersebut dimulakan pada 14 Februari lalu, beberapa minggu selepas Datuk Bandar, Nir Barkat, dan Menteri Hal Ehwal Jerusalem, Ze’ev Elkin, merasmikan taman negara Zionis itu. Taman seluas 120 hektar itu terletak di antara al-Walaja dan sempadan (Green Line 1949).
Langkah tersebut akan mengepung dan mengasingkan al-Walaja, yang sebelum ini telahpun dikelilingi oleh Tembok Pemisah di sebelah Baitulmaqdis Timur.
(MEMO)