Rejim Zionis buang sisa radioaktif nuklear di Bukit Golan

GENEVA, 26 Feb 2019 — Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres, semalam mendedahkan satu laporan yang mendakwa rejim Zionis menanam sisa radioaktif nuklear di Bukit Golan di sempadan Syria sejak lebih lima dekad lalu.

Guterres akan menyerahkan laporan tersebut kepada Majlis Hak Asasi PBB (UNHRC) dalam perhimpunannya kali ke-40 di Geneva, yang berlansung dari hari Isnin hingga 22 Mac.

Laporan tersebut mengesahkan rejim Zionis mencabul Konvensyen Geneva Keempat, dengan mengancam kehidupan dan kesihatan penduduk awam Syria di Bukit Golan. Sisa radioaktif ditanam di 20 kawasan kediaman penduduk Syria, khususnya di sekitar Gunung al-Sheikh.

Rejim Zionis merupakan satu-satunya pihak di Timur Tengah yang mempunyai senjata nuklear, dengan anggaran 200 hingga 400 peluru berpandu nuklear.

Laporan tersebut juga mendakwa rejim Zionis “memberi sokongan lojistik kepada kumpulan-kumpulan pengganas” yang dikaitkan dengan al-Qaeda. Mereka turut dibekalkan dengan senjata, peluru, wang dan perubatan bagi tujuan menakut-nakutkan penduduk tempatan.

(AlAhed, JPost, PressTV)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts