Rejim Zionis curi dokumen harta wakaf dari Masjid al-Aqsa

AL-QUDS, 7 Ogos 2017 — Rejim Zionis mencuri dokumen-dokumen penting tanah wakaf di kota al-Quds ketika mereka menutup dan mengawal Masjid al-Aqsa bulan lalu.

Pengerusi Pusat Antarabangsa al-Quds, Hassan Khater, mendakwa rejim Zionis mencuri dokumen-dokumen tersebut yang disimpan dalam bilik-bilik pejabat, perpustakaan dan bilik arkib al-Aqsa. Beliau melahirkan kebimbangan jika pihak penjajah memalsukan dokumen, sekaligus mengancam status tanah wakaf di kota suci itu.

Lebih 90% daripada kawasan di Kota Lama al-Quds adalah tanah wakaf.

Menurut Hassan, dokumen tersebut akan membantu rejim Zionis merancang usaha Yahudisasi ke atas kota suci itu, di mana Yahudisasi merupakan “peperangan utama” di antara penduduk Palestin dan rejim Zionis.

(MEMO)

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts