Rejim Zionis desak supaya askar pembunuh Abdul Fatah diberi keampunan

NAZARETH, 5 Jan 2017 (PIC) — Pemimpin Zionis Benjamin Netanyahu mengokong desakan Ahli Parlimen Zionis dari kalangan parti pelampau supaya askar Elor Azaria, 20, yang didapati bersalah membunuh Abdul Fattah al-Sharif secara sengaja, di beri keampunan segera.

Presiden Zionis, Reucin Rivlin, dalam kenyataan beliau menyebut pihak berwajib bersedia membuat kajian sekiranya rayuan seperti itu diajukan. Perdana Menteri Zionis Benjamin Netanyahu melahirkan rasa sedih dan simpati bagi pihak keluarga Elor dan tenteranya terhadap keputusan mahkamah yang menjatuhkan hukuman bersalah ke atas pembunuh itu semalam.

Desakan tersebut juga mendapat sokongan Menteri Pendidikan Naftali Bennet, Menteri Perang Evigdor Lieberman, ketua pembangkang Isaac Herzog, Menteri Kebudayaan Miri Regev dan pemimpin parti Kadima, Yisrael Hasson.

Mahkamah merumuskan bahawa Elor menembak mati Abdul Fattah, yang sedang terbaring dalam keadaan cedera parah di atas jalan, bukan kerana ancaman daripada mangsa yang tidak mampu bergerak itu, tetapi kerana dendam bahawa mangsanya itu harus dibunuh kerana cuba menikam rakan sepasukannya.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts