Rejim Zionis didesak serah semua jenazah yang ditahan

AL-QUDS, 21 Jan 2016 (PIC) — Keluarga mangsa pembunuhan tentera penjajah Zionis mendesak supaya jenazah ahli keluarga mereka yang ditahan diserahkan segera.

Jurucakap kepada keluarga terbabit, peguam Mohamed Alyan yang mana anaknya turut dibunuh oleh tentera Zionis, memaklumkan bahawa pihak rejim telah bersetuju untuk menyerahkan semua jenazah dari al-Quds dan Tebing Barat sebulan lalu. Beberapa hari kemudiannya jenazah dari Tebing Barat diserahkan kepada keluarga mereka, namun hanya empat jenazah dari al-Quds diserahkan.

Menurut Mohamed Alyan, pejabat pemimpin Zionis Benjamin Netanyahu membuat keputusan berbaur politik untuk menghalang serahan jenazah dari al-Quds tanpa sebarang alasan. Sehingga kini rejim penjajah menghentikan semua perbincangan dengan pihak keluarga mangsa.

Rejim Zionis enggan menyerahkan 10 jenazah pemuda Palestin dari al-Quds, termasuk seorang kanak-kanak, sebagai hukuman kolektif ke atas keluarga dan penduduk Palestin di situ.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts