Rejim Zionis diseru bina lebih banyak sekatan di Tebing Barat

AL-QUDS, 18 Mei 2017 (MEMO) — Seorang penasihat kawalan keselamatan kepada rejim Zionis, Yousef Shapira, menyeru supaya lebih banyak sekatan tentera di bina di Tebing Barat dan pergerakan penduduk Palestin diketatkan lagi.

Beliau turut mengecam tindakan pihak rejim yang menyerahkan tugas pengurusan kawalan di sekatan kepada syarikat swasta, yang menurut beliau seharusnya diurus oleh pihak tentera.

Lebih 500 sekatan kekal dibina di Tebing Barat, manakala sekatan-sekatan sementara turut dibina. Ratusan sekatan lain turut dibina menggunakan bongkah konkrit, timbunan tanah dan kotoran serta galian parit, di samping tembok pemisah sedia ada, bagi menghalang pergerakan penduduk Palestin.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts