Rejim Zionis gencar Yahudisasi al-Quds dengan pembinaan jaringan keretapi bawah tanah

AL-QUDS, 1 Nov 2016 (PIC) — Pihak berkuasa rejim Zionis sedang menyiapkan pembinaan jaringan keretapi laju bawah tanah dan menambah laluan baharu menghubungkan kota Tel Aviv ke al-Quds Barat, sebagai sebahagian daripada usaha mengukuhkan lagi kedudukan mereka dan memusnahkan identiti Islam di kota suci al-Quds.

Jaringan laluan keretapi bernilai US$1.8 bilion itu melibatkan penggalian terowong bawah tanah sepanjang dua kilometer, pada kedalaman 80 meter.

Menteri Pengangkutan Zionis, Yisrael Katz, mengarahkan supaya laluan dari Tel Aviv ke al-Quds dilanjutkan sehingga ke Kota Lama al-Quds, berdekatan Tembok Ratapan. Untuk tujuan itu, sebuah hentian bawah tanah akan dibina berdekatan Tembok Ratapan di Masjid al-Aqsa.

Sistem pengangkutan itu dijangka mula digunakan sempena perayaan Paskah 2018, iaitu pada akhir bulan Mac 2018, di mana tiga keretapi akan dilancarkan dari Tel Aviv ke al-Quds melalui lapangan terbang Ben Gurion dan kawasan penempatan haram Modi’in.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts