Rejim Zionis giat buat penggalian di bawah Masjid al-Aqsa

BAITULMAQDIS, 16 Julai 2018 — Jabatan Wakaf dan Hal Ehwal al-Aqsa hari ini mendedahkan bahawa rejim Zionis sedang giat membuat penggalian di bawah utara muzium Islam di yang terletak di kawasan barat perkarangan Masjid al-Aqsa.

Pasukan polis Zionis dilaporkan mengambil gambar di lokasi tersebut pada setiap hari. Jabatan Wakaf turut mengesahkan laporan kehilangan sumber air di beberapa lokasi di kawasan muzium.

Ketua Jabatan Wakaf, Azzam al-Khatib, mendesak UNESCO supaya masuk campur menghalang serta menilai kesan dari kerja-kerja penggalian tersebut. Beliau turut memohon permit supaya satu jawatankuasa yang dibentuk oleh kerajaan Jordan dibenarkan masuk ke kawasan yang digali.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts