Rejim Zionis halang 45 laungan azan di Masjid Ibrahimi sepanjang Jun

AL-KHALIL, 1 Julai 2018 — Pihak berkuasa rejim Zionis menghalang 45 kali laungan azan di Masjid Ibrahimi sepanjang bulan Jun lalu, atas alasan menyebabkan ketidakselesaan kepada pendatang Yahudi.

Kenyataan Direktorat Wakaf di al-Khalil menyebut bahawa halangan tersebut merupakan sebahagian daripada polisi rejim Zionis untuk mencabul kesucian serta menghapuskan identiti Islam di masjid bersejarah itu.

Para jemaah juga diperiksa secara ketat melalui pintu-pintu elektronik dan sekatan tentera sepanjang jalan menuju ke Masjid Ibrahimi di Kota Lama al-Khalil.

Pada tahun 1994 Masjid Ibrahimi dibahagi kepada dua bahagian; satu bahagian kekal sebagai masjid dan satu lagi menjadi sebuah sinagog Yahudi, yang dikenali sebagai Cave of Patriarchs. Penduduk Islam bagaimanapun dihalang memasuki kawasan masjid sepanjang musim perayaan Yahudi.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts