Rejim Zionis halang 47 kali laungan azan di Masjid Ibrahimi sepanjang Januari

AL-KHALIL, 3 feb 2019 — Kenyataan Jabatan Wakaf semalam mendedahkan bahawa rejim Zionis telah menghalang 47 kali laungan azan di Masjid Ibrahimi sepanjang bulan Januari 2019.

Menteri Wakaf dan Hal Ehwal Agama, Yousef Edeis, dalam kenyataannya mengecam tindakan rejim Zionis mencabul hak penduduk Islam hampir setiap hari, sebagai langkah mengukuhkan kawalan mereka ke atas tapak-tapak penting umat Islam termasuk Masjid Ibrahimi.

Salah satu dari langkah tersebut ialah menghalau pasukan pemerhati antarabangsa Temporary International Presence in Hebron (TIPH) keluar dari wilayah al-Khalil.

TIPH ditubuhkan melalui Resolusi 904 Majlis Keselamatan PBB. Mereka berada di al-Khalil selepas insiden pembunuhan 29 ahli jemaah yang sedang bersolat di Masjid Ibrahimi pada tahun 1994.

Sebelum ini, TIPH menerbitkan satu laporan tentang jenayah dan pencabulan Zionis di kota tersebut. Tindakan tersebut dilihat sebagai “anti-Israel”, sehingga pihak rejim memutuskan untuk tidak lagi memperbaharui mandat mereka.

(Elfalasteen)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts