Rejim Zionis halang 48 kali laungan azan di Masjid Ibrahimi sepanjang November

AL-KHALIL, 1 Dis 2016 (PIC) — Jabatan Wakaf di al-Khalil mengesahkan bahawa pihak berkuasa rejim Zionis telah menghalang laungan azan di Masjid Ibrahimi sebanyak 48 kali sepanjang bulan November baru lalu.

Menurut kenyataan jabatan, halangan tersebut merupakan satu provokasi ke atas penduduk Islam dan pencabulan ke atas undang-undang dan amalan antarabangsa yang membenarkan kebebasan beragama, dengan menggunakan alasan yang sangat remeh.

Masjid Ibrahimi dibahagi menjadi dua kawasan selepas tragedi pembunuhan beramai-ramai jemaah solat Subuh pada hari Jumaat 26 Februari 1994, di mana sebahagian daripada kawasan masjid kini dikawal oleh Yahudi dan dijadikan sinagog mereka. Namun tentera Zionis membina sekatan bagi mengawal semua laluan keluar masuk masjid itu.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts