Rejim Zionis halang solat Jumaat di Masjid al-Aqsa

AL-QUDS, 14 Julai 2017 (PIC) — Pihak keselamatan rejim penjajah Zionis hari buat pertama kali sejak 1969 menghalang umat Islam mengerjakan solat Jumaat di Masjid al-Aqsa, masjid yang ketiga paling suci bagi umat Islam.

Larangan tersebut dibuat berikutan insiden tembak-menembak yang membunuh tiga pemuda Palestin dan dua anggota polis Zionis di perkarangan tapak suci itu. Mereka menutup semua pintu di masjid al-Aqsa, di samping menyekat laluan masuk utama ke Kota Lama al-Quds.

Polis Zionis menghalang Mufti Besar al-Quds, Sheikh Muhammad Hussein, dan Ketua Majlis Wakaf Islam serta Pengarah Jabatan Wakaf al-Quds daripada memasuki masjid. Pada masa yang sama, polis Zionis mengekang pekerja masjid dan memukul sebahagian daripada mereka.

Kumpulan fanatik Yahudi mengambil kesempatan dengan menyeru pengikut mereka mengadakan pencerobohan ke atas masjid suci itu dan menghalang jemaah masuk untuk mendirikan solat berjemaah.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts