Rejim Zionis kenakan larangan perjalanan ke atas Sheikh Raed Salah

AL-QUDS, 16 Jan 2017 (PIC) — Menteri Dalam Negeri Zionis, Aryeh Deri, hari ini mengeluarkan arahan larangan perjalanan selama enam bulan ke atas pemimpin Pergerakan Islam di wilayah Palestin 1948, Sheikh Raed Salah, hanya sehari sebelum beliau dijadualkan bebas dari tahanan.

Minggu lalu, polis Zionis membuat siasatan semula ke atas Sheikh Raed berkaitan beberapa tuduhan melibatkan hasutan keganasan.

Sheik Raed dilarang keluar negara sejak tahun 2015.

Beliau dilahir pada tahun 1958 di Umm al-Fahm di utara wilayah Palestin yang terjajah. Tokoh yang terkenal sebagai Sheikh al-Aqsa itu mendapat kelulusan Ijazah Syariah dari Universiti al-Khalil dan kemudian menjadi Datuk Bandar Umm al-Fahm selam tiga penggal berturut-turut dari tahun 1987 hingga 2001. Beliau memimpin Pergerakan Islam sejak tahun 1996.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts