Rejim Zionis lulus undang-undang negara Yahudi

AL-QUDS, j Julai 2017 (PIC) — Rejim Zionis hari ini meluluskan “undang-undang negara Yahudi” yang mentafsir negara haram itu sebagai sebuah “negara Yahudi dengan rejim demokratik”, bukan “negara Yahudi dan rejim demokratik”.

Dengan tafsiran baharu itu, “negara Yahudi dikehendaki mengekalkan karakter Yahudi dan mempertahankan tapak-tapak suci menurut tradisi Yahudi”. Mereka turut membuang frasa “di mana Negara Israel telah ditubuhkan” dan menggantinya dengan “bumi Israel adalah tanahair bersejarah kaum Yahudi”.

Undang-undang tersebut turut membuka laluan untuk pengiktifaran khas kepada masyarakat Druze kerana khidmat mereka dalam tentera Zionis.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts