Ringkasan

Rejim Zionis luluskan pembinaan 8,300 unit bangunan penempatan haram di Baitulmaqdis

BAITULMAQDIS, 15 Dis 2020 — Rejim Zionis hari ini meluluskan rancangan pembinaan ribuan unit rumah dan ruang komersial serta pejabat di kawasan Beit Safafa, al-Maliha, Baqa’a dan zon industri Talpiot, sehingga ke perkampungan Walaja di kota Baitulmaqdis Timur.

Pembinaan tersebut bakal menukar sempadan kota Baitulmaqdis, dengan menambah keluasannya sehingga ke zon industri baharu Talpiot. Rancangan yang digelar “revolusi bandar 2040” itu melibatkan pembinaan kawasan kediaman dan komersial, pusat dan taman hiburan, dewan-dewan keraian, dataran, pasar serta menara. Pembinaan dijangkap bermula dari tahun 2021 dan berterusan sehingga 2040.

Bangunan menara setinggi 30 tingkat bakal menempatkan rumah kepada keluarga-keluarga kecil atau pasangan baharu pendatang Yahudi. Sementara zon industri yang akan menawarkan pekerjaan kepada penduduk akan ditambah seluas 1.3 kilometer persegi.

Rancangan tersebut dilihat sebagai langkah licik untuk menghapuskan penduduk Palestin dari kawasan kota suci.

(Palinfo, IMEMC, MEMO)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Related Posts