Rejim Zionis masih menahan 249 jenazah penduduk Palestin

GAZA, 31 Julai 2017 — Pertubuhan hak asasi Al-Mezan Center for Human Rights melaporkan bahawa rejim Zionis masih menahan 249 jenazah penduduk Palestin sehingga hari ini.

Jenazah-jenazah terbabit ditahan sejak tahun 1960-an, sebagai hukuman secara kolektif ke atas keluarga mangsa. Rejim Zionis bahkan enggan mengeluarkan dokumen pengesahan kematian serta tidak mendedahkan nama mangsa dan lokasi jenazah mereka ditahan.

Semalam, Bulan Sabit Merah Antarabangsa (IRC) dan Al-Mezan membantu keluarga syahid Anwar Sukkar untuk melintas pintu sempadan Beit Hanoun di utara Gaza, untuk mengambil contoh DNA atas permintaan pihak pendakwa Zionis. Prosedur tersebut dibuat susulan rayuan di Mahkamah Tinggu Zionis yang difailkan pada 18 Disember 2016, supaya pihak rejim menyerahkan 10 daripada jenazah yang ditahan.

(Alray)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts