AL-QUDS, 27 Julai 2017 — Polis Zionis membawa masuk segerombolan pekerja Yahudi lengkap dengan mesin pembancuh simen ke Dataran al_Ghazali di kawasan Pintu al-Asbat berdekatan Masjid al-Aqsa di mana pokok-pokok telah dicabut sejak dua hari lalu.
Polis menutup kawasan berkenaan dan mengawasi kerja penggalian di situ. Bagaimanapun tujuan penggalian tersebut masih tidak diketahui.