Rejim Zionis mula projek meluaskan penempatan haram Halamish

RAMALLAH, 17 Feb 2019 — Rejim penjajah Zionis hari ini memulakan projek peluasan penempatan haram Halamish di Ramallah.

Jentera-jentera tentera Zionis membina laluan-laluan di atas tanah milik penduduk Palestin sebagai persediaan meluaskan kawasan Halamish, yang dibina di atas tanah perkampungan Deir Nizam dan Nabi Saleh.

Penempatan Yahudi di dalam wilayah Palestin yang terjajah adalah menyalahi undang-undang antarabangsa dan piagam PBB.

Pada 23 Disember 2017, Majlis Keselamatan PBB menerima Resolusi 2334 yang memerintahkan semua aktiviti pembinaan penempatan Yahudi di Tebing Barat dan Baitulmaqdis dihentikan.

(PIC, WAFA)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts