Rejim Zionis musnahkan 11 rumah keluarga Badwi di al-Quds Timur

AL-QUDS, 2 Jan 2017 (PIC) — Seramai 87 ahli keluarga Badwi Palestin di kawasan al-Khan al-Ahmar di al-Quds Timur kehilangan tempat tinggal apabila rumah dimusnahkan oleh tentera Zionis pagi tadi.

Lebih 10 buah kenderaan tentera mengepung 11 buah rumah terbabit sebelum meroboh tanpa membenarkan penghuni menyelamatkan barangan dan perabot mereka, atas alasan dibina tanpa kebenaran.

Semua rumah terbabit, yang dibina menggunakan kayu dan kepingan zink, pernah diroboh buat pertama kali pada bulan Ogos lalu.

Terdapat 20 buah karavan yang menjadi tempat tinggal puluhan penduduk Badwi di al-Khan al-Ahmar. Al-Khan al-Ahmar merupakan salah satu perkampungan Badwi yang dipaksa pindah bagi memberi laluan kepada pembinaan ribuan buah rumah penempatan khusus pendatang Yahudi.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts