Rejim Zionis musnahkan kedai jualan kereta dan kandang kuda di al-Quds

AL-QUDS, 16 Ogos 2016 (Maan) — Sebuah bilik pameran jualan kereta milik usahawan Zakaria Mousa di bandar Anata di timur al-Quds turut dimusnahkan tanpa sebarang notis, atas alasan tidak mempunyai permit pembinaan. Zakaria memulakan perniagaan di situ sejak lebih setahun lalu bersama 15 orang pekerja.

Sementara itu, pihak perbandaran Zionis yang diiringi oleh pasukan tentera memusnahkan sebuah rumah satu bilik yang dijadikan sebagai kandang kuda di Jabal al-Mukabbir, juga atas alasan dibina tanpa permit. Menurut pemilik bangunan, Muhammad Ali Ubeidat, beliau menjadikan rumah tersebut sebagai kandang kuda dengan harapan ia tidak dimusnahkan oleh tentera Zionis.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts