Rejim Zionis musnahkan kilang arang di Jenin

JENIN, 21 Mei 2017 (PNN) — Tentera Zionis memusnahkan kilang arang, termasuk dua buah asrama dan 11 buah gudang, serta merampas beberapa tan kayu dan arang batu di kota Jenin.

Pendatang Yahudi yang tinggal di kawasan penempatan haram berdekatan kilang tersebut mendesak pihak rejim menutup kilang tersebut, atas alasan ia membawa pencemaran dan penyakit.

Pengurus kilang, Kayid Abu Bakr, bagaimanapun mendakwa tindakan tersebut bertujuan untuk meluaskan penempatan haram Yahudi. Menurut beliau, beberapa buah kilang arang yang ada berdekatan kawasan penempatan awam dalam negara haram Zionis tidak diambil tindakan sedemikian.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts