Rejim Zionis musnahkan rumah di Nablus

NABLUS, 1 Feb 2018 — Dua buah jip tentera mengiringi jentera pasukan pertahanan awam Zionis menceroboh masuk kejiranan al-Lahaf di timur bandar Beit Dajan, timur wilayah Nablus, dan merobohkan rumah penduduk Palestin, Riya Hussein Ali Raja, pagi tadi.

Rumah seluas 100 meter persegi yang sedang dibina itu didakwa tidak mempunyai kebenaran pembinaan daripada pihak rejim.

Sehingga 62% kawasan di Beit Dajan termasuk dalam Kawasan C – iaitu kawasan 60% daripada keseluruhan Tebing Barat yang dikawal penuh oleh tentera Zionis.

(PIC, Maan, PNN)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts