Rejim Zionis musnahkan tadika, pusat aktiviti wanita di Baitulmaqdis

BAITULMAQDIS, 25 Julai 2018 — Tentera penjajah Zionis hari mengiringi pasukan perkidmatan awam memusnahkan sebuah tadika dan pusat aktiviti wanita Badwi Palestin di Jabal al-Baba, timur kota Baitulmaqdis.

Mereka turut mengugut akan mengenakan denda yang tinggi sekiranya bangunan-bangunan tersebut dibina semula.

Rejim Zionis melancarkan kempen menghapuskan puluhan komuniti Badwi di Baitulmaqdis Timur, untuk membersihkan kawasan tersebut daripada penduduk Palestin bagi memberi laluan kepada pembinaan penempatan haram Yahudi yang digelar “Pelan E1 Jerusalem”.

(Maan, PIC, IMEMC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts