Rejim Zionis paksa musnahkan satu-satunya laluan ke perkampungan Palestin

BEIT LAHM, 26 Ogos 2020 — Rejim Zionis semalam mengeluarkan arahan supaya dimusnahkan satu-satunya laluan penduduk ke perkampungan Kisan di timur kota Beit Lahm.

Laluan yang dibina pada tahun 2007 itu menghubungkan lebih 10 buah rumah yang sering diganggu oleh pendatang Yahudi sejak bertahun lalu.

Seramai 800 penduduk Palestin tinggal di Kisan, di mana mereka dikepung oleh dua kawasan penempatan Yahudi iaitu Maale Amos dan Avi Menahem. Mereka tidak mempunyai kemudahan pengangkutan awam, bekalan elektrik dan air, mahupun klinik kesihatan.

Keluasan perkampungan Kiran adalah 133 kilometer persegi. Bagaimanapun 2.2 km persegi daripada tanah tersebut telah dirampas oleh rejim Zionis. Penduduk dilarang mengusahakan tanah mereka untuk tujuan pertanian ataupun penternakan tanpa mendapat permit khas daripada rejim Zionis.

(MEMO)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts