Rejim Zionis paksa penduduk Baitulmaqdis roboh rumah sendiri

BAITULMAQDIS, 31 Jan 2019 — Pihak perbandaran Zionis petang semalam memaksa seorang penduduk Palestin meroboh rumahnya sendiri di bandar Silwan, selatan Masjid al-Aqsa, atas alasan rumah itu dibina tanpa permit.

Rejim Zionis memberi tempoh dua hari kepada Majdi Abu Tayeh untuk meroboh rumahnya itu, atau membiarkannya diroboh oleh pihak rejim dengan kos yang sangat tinggi.

Majdi bersama isteri dan empat anaknya tinggal di situ sejak empat tahun lalu.

Sementara itu, rejim Zionis meroboh sebuah lagi rumah milik seorang pendduuk Silwan, Issa Jaafra, atas alasan yang sama.

Lapan ahli keluarga, termasuk lima kanak-kanak, hilang tempat berteduh selepas rumah seluas 70 meter persegi itu musnah.

(PIC, Maan)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts