Rejim Zionis paksa peniaga Palestin di al-Quds tutup kedai

AL-QUDS, 19 Sep 2016 (Maan) — Pihak berkuasa rejim Zionis memaksa para peniaga Palestin di al-Quds menutup kedai mereka berikutan insiden serangan ke atas dua pegawai polis di Pintu al-Sahera.

Tentera mengugut peniaga dengan mengacu muncung senjata dan mengancam dikenakan denda sebanyak 1,000 shekel (RM1,100) jika membuka semula kedai mereka.

Semua laluan Jalan Salah al-Din, Jalan al-Sultan Suleiman, dan Jalan al-Rashid di Kota Lama ditutup, menyebabkan penduduk Palestin terpaksa pulang ke rumah dengan berjalan kaki.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts