Rejim Zionis panggil pulang duta ke UNESCO

PARIS, 26 Okt 2016 (MEMO) — Rejim Zionis memanggil pulang dutanya ke UNESCO, Carmel Shama Hacohen, sebagai tindakan protes ke atas badan dunia itu yang meluluskan resolusi yang menafikan kaitan Yahudi dengan Masjid al-Aqsa buat kali kedua dalam tempoh dua minggu.

Dalam undian hari ini, resolusi baharu diluluskan dengan merujuk tapak bersejarah itu sebagai “Haram Al-Sharif” dan mengabaikan panggilan “Temple Mount” yang digunakan oleh pihak rejim.

Shama-Hacohen membantah keputusan undian dengan membuang salinan resolusi ke dalam sebuah tong sampah.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts