Rejim Zionis Peruntuk $US70 Juta Untuk Penggalian di Masjid Al-Aqsa

AL-QUDS, 18 Dis 2017 — Menteri Kebudayaan Zionis, Miri Regev, mengarahkan pihak antikuiti menggerakkan rancangan penggalian arkeologi dengan lebih mendalam di kota suci al-Quds, kononnya untuk menguatkan lagi bukti ikatan kaum Yahudi dengan kota tersebut.

Menurut media Zionis, rancangan yang melibatkan kos US$70 juta itu adalah satu inisiatif yang bersejarah, kerana ia merupakan usaha penggalian secara menyeluruh di Kota Lama yang pertama kali pernah dibuat.

Pengerusi Jabatan Aktikuiti mendakwa penggalian arkeologi yang sangat penting bagi mereka di kota al-Quds itu tidak boleh dipersoal, dan ia membongkar kaitan rapat kaum Yahudi dengan tanah Palestin.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts