Rejim Zionis potong dana bantuan, ugut UNESCO

AL-QUDS, 4 Mei 2017 (IMEMC) — Pemimpin Zionis Benjamin Netanyahu bertindak balas ke atas undian yang meluluskan resolusi mengkritik polisi rejim Zionis di al-Quds Selasa lalu dengan mengarahkan Kementerian Luarnya supaya bertindak segera memotong dana bantuan sebanyak US$1 juta kepada UNESCO.

Semalam, Kementerian Luar Zionis juga memanggil Duta Sweden ke negara haram itu, Carl Magnus Nasser, kerana sokongan Sweeden kepada resolusi tersebut.

Menteri Kebudayaan dan Sukan Zionis, Miri Regev, pula mendesak kerajaannya supaya menutup ibu pejabat UNESCO di al-Quds dan merampas bangunan pertubuhan tersebut.

Resolusi yang diusulkan oleh Aljeria, Mesir, Lebanon, Moroko, Oman, Qatar dan Sudan itu antara lain mengkritik tindakan rejim Zionis yang meneruskan kerja penggalian bawah tanah di timur Kota Lama al-Quds kerana ia mencabul undang-undang antarabangsa.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts