SALFIT, 17 Julai 2017 (PIC) — Pihak perbandaran Palestin di kota Salfit mengumumkan keadaan darurat apabila syarikat bekalan air Zionis, Mekorot, memotong sepenuhnya bekalan air ke kota tersebut.
Kilang-kilang terpaksa ditutup manakala penduduk terpaksa membeli air dari lori tangki.
Setiap musim panas, rejim Zionis memotong bekalan air untuk penduduk Palestin bagi meningkatkan bekalan ke kawasan penempatan haram Yahudi.