AL-QUDS, 1 Julai 2016 (MEE) — Rejim Zionis mengumumkan keputusan untuk memotong jumlah serahan bulanan kutipan cukai kepada Pihak Berkuas Palestin (PA) sebagai hukuman berikutan meningkatnya serangan ke atas Yahudi.
Benjamin Netanyahu menuduh PA menggalakkan keganasan dengan mengagihkan kutipan cukai tersebut kepada “pengganas” dan keluarga mereka.
Rejim Zionis mengutip sekitar US$127 setiap bulan, hasil kutipan cukai barangan untuk pasaran penduduk Palestin yang dibawa melalui pelabuhan-pelabuhan Zionis.
Pengumuman tersebut dibuat ketika pihak tentera Zionis mengenakan sekatan ke atas seluruh kota al-Khalil.