
RAMALLAH, 14 Ogos 2018 — Rejim Zionis semalam menyerahkan ribuan tan surat-surat penduduk Palestin yang mereka tahan sejak tahun 2010 kepada Pihak Berkuasa Palestin (PA).
Menteri Teknologi Maklumat dan Komunikasi PA, Allam Musa, dalam kenyataannya menyebut rejim Zionis menahan surat-surat yang tiba dari Jordan sejak tahun 2010. Dalam perjanjian pada tahun 2016, rejim Zionis telah bersetuju untuk membenarkan surat-surat dibawa masuk dari, atau keluar ke, Palestin secara langsung melalui Jordan. Namun sehingga kini perjanjian itu tidak dilaksanakan.
Rejim Zionis mengawal pergerakan penduduk dan dagangan Palestin melalui pintu-pintu lintasan sempadan.
(MEMO)