BEIT LAHM, 29 Mei 2018 — Menteri Dalam Negeri Zionis, Gild Erdan, memutuskan untuk tidak menyerah jenazah Aziz Oweisat, yang meninggal dunia ketika dalam tahanan minggu lalu.
Aziz, 53, meninggal dunia ketika di rawat di Hospital Assaf Harofeh, selepas cedera dipukul oleh 10 orang pengawal penjara.
Menurut Erdan, keputusannya bertujuan untuk memberi tekanan kepada Hamas supaya menyerahkan mayat tenteranya yang masih ditahan di Gaza.
Bagaimanapun Perdana Menteri Zionis, Benjamin Netanyahu, akan membuat keputusan akhir samada jenazah Aziz diserah kepada keluarganya atau tidak.
(Maan)