Rejim Zionis rampas tanah kebun dan tapak arkeologi untuk bina jalan khusus bagi pendatang

SALFIT, 11 Apr 2017 (PIC) — Rejim Zionis pagi tadi meratakan tanah kebun petani Palestin dan tapak arkeologi berdekatan perkampungan Deir Sam’an di utara bandar Kafr al-Dik, Salfit, untuk membina laluan pintas khusus untuk pendatang Yahudi yang tinggal di pos penempatan haram Leshem.

Tentera Zionis dan pendatang Yahudi secara berterusan cuba merampas tanah penduduk Palestin di utara Kafr al-Dik untuk meluaskan kawasan penempatan haram mereka.

Menurut petani Mahmoud al-Dik, satu pertiga tanah Kafr al-Dik telah dirampas atau diugut untuk dirampas. Beberapa kawasan lain di bandar tersebut telah diisytihar sebagai Kawasan C, iaitu kawasan yang dikawal penuh oleh tentera Zionis di mana penduduk Palestin perlu mendapatkan kebenaran untuk membuat sebarang pembinaan.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts