Rejim Zionis rampas tanah perkampungan Hizma di al-Quds

AL-QUDS, 11 Julai 2017 (PIC) — Pihak berkuasa Zionis hari ini menyerah nota arahan dan peta kepada majlis perkampungan Hizma di al-Quds, yang menunjukkan kawasan tanah seluas lebih 2 hektar untuk dirampas minggu hadapan.

Pihak Zionis mendakwa tindakan tersebut, yang dijadual bermula pada 17 Julai, bertujuan untuk kegunaan segera tentera Zionis.

Terdahulu, mereka memasang pagar kawat berduri di kawasan sekitar perkampungan Hizma sebagai persiapan untuk merampas tanah tersebut bagi pembinaan Tembok Pemisah.

Tindakan tersebut akan memberi kesan negatif ke atas 8,000 penduduk Hizma dan menghalang laluan penduduk menuju ke utara Tebing Barat.

Terdahulu hari ini, rejim Zionis memusnah sebidang tanah kawasan tapak semaian di selatan Hizma.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts