Rejim Zionis Rampas Tanah Perkuburan Bab al-Rahma

AL-QUDS, 12 Dis 2017 — Rejim Zionis memulakan kerja-kerja menebang pokok dan meratakan tanah di perkuburan Bab al-Rahma di timur tembok Masjid al-Aqsa bagi projek pembinaan asas laluan trem.

Pasukan keselamatan Zionis mengiringi pekerja-pekerja pihak berkuasa alam dan taman sejak dua hari lalu, sebagai persediaan membina tapak dan struktur bagi kereta kabel dan taman negara. Mereka merampas dan mendakwa sebagai pemilik tanah di selatan perkuburan tersebut, walaupun terdapat dokumen-dokumen sah yang menyatakan tanah tersebut sebagai milik Wakaf Islam.

Dua orang sahabat Rasulullah SAW iaitu Shaddad bin Aws dan Musa’b bin Umair disemadikan di situ, di samping ratusan lagi syuhada dan mujahidin.

(Sumber: PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts