BAITUL MAQDIS, 3 Julai 2017 (PIC) — Rejim Zionis hari ini memasang pagar kawat berduri di sekeliling tanah perkuburan Yusfiah yang terletak bersebelahan tembok timur Masjid al-Aqsa.
Beberapa jentera berat disiapkan untuk membongkar makam-makam di situ, di mana warga al-Quds khususnya penduduk Silwan, dilarang mengebumi jenazah dengan alasan sebuah taman negara akan dibina di situ.
Yusfiah adalah tanah perkuburan umat Islam tertua di Baitul Maqdis, tempat bersemadi beberapa orang Sahabat Rasulullah SAW seperti Syadad bin Uwes dan Ubadah bin Shamit, serta puluhan ulamak dan tokoh dari Baitul Maqdis.