Rejim Zionis rampas tanah untuk luaskan penempatan haram Amichai

NAZARETH, 8 Ogos 2018 — Rejim Zionis merancang untuk meluaskan kawasan penempatan haram terpencil di Amichai menjadi tiga kali ganda keluasan sekarang, serta menggabungkannya dengan pos penempatan haram Adei Ad di utara Ramallah.

Kawasan yang terletak di jantung Tebing Barat itu dikenali sebagai Lembah Shiloh. Ia terletak di utara Ramallah dan penempatan haram Ofra, di selatan kompleks penempatan haram Ariel, dan jauh terasing dari kawasan yang lazimnya dianggap sebagai blok penempatan Yahudi.

Kawasan tersebut diurus tadbir oleh para pendatang Yahudi sendiri, menjadikannya amat sukar untuk melaksanakan sebarang undang-undang.

Amichai dibina untuk menempatkan 40 keluarga pendatang Yahudi yang dihalau keluar dari kawasan penempatan haram Amona. Kawasan tersebut akan diluaskan dengan pembinaan sehingga 300 buah rumah.

Manakala penempatan Adei Ad dibina di atas tanah penduduk Palestin tanpa permit, beberapa kilometer dari Amichai. Rejim Zionis kini sedang berusaha untuk menjadikannya sebuah penempatan “yang sah” yang memasukkannya ke dalam pentadbiran Amichai.

Tindakan tersebut menyebabkan penduduk Palestin terpisah dari kebun-kebun mereka serta terdedah kepada jenayah pendatang Yahdudi.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts