Rejim Zionis ranapkan 2 rumah penduduk al-Quds, selepas didiami selama 15 tahun

AL-QUDS, 5 Jan 2017 (Silwanic) — Pihak rejim penjajah Zionis memusnahkan dua buah rumah milik keluarga Adnan Shweiki yang terletak di kejiranan Shuafat di utara kota Al-Quds atas alasan pembinaan tanpa kebenaran, setelah rumah terbabit didiami sejak 15 tahun lalu.

Sejak dibina 15 tahun lalu, Adnan berusaha mendapatkan kebenaran dengan menyerahkan dokumen kejuruteraan dan perundangan yang lengkap.

Adnan sebelum ini terpaksa membayar denda keseluruhan sebanyak 335,000 shekel (RM383,000) dan kos perobohan kepada pihak perbandaran Zionis sebanyak 80,000 shekel (RM92,000).

Seramai 15 orang termasuk lima kanak-kanak kehilangan tempat tinggal.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts