Rejim Zionis rancang bina 15,000 rumah di al-Quds

AL-QUDS, 26 Apr 2017 (PIC) — Kementerian Perumahan dan pihak perbandaran Zionis di al-Quds telah melancarkan skim penempatan baharu bagi membina 15,000 buah rumah di atas tanah lapangan terbang Qalandiya dan penempatan haram Yahudi Atarot di barat laut al-Quds.

Ia merupakan oeprasi pembinaan yang terbesar di dalam wilayah Palestin sejak tahun 1967.

Kawasan Atarot dikosongkan oleh pihak Zionis sejak Oktober 2002 apabila tercetus Intifadah Kedua. Tanah seluas 60 hektar yang menjangkau sehingga ke sekatan Qalandiya itu dirampas pada awal taun 1970-an.

Sebuah terowong bawah tanah akan turut dibina merentas kejiranan Kafr ‘Aqab bagi menghubungkan penempatan haram baharu itu dengan blok penempatan di sebelah timur yang terletak di luar tembok pemisah.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts