AL-QUDS, 3 Nov 2016 (PIC) — Rejim Zionis merancang untuk membina 270 unit apartmen di al-Quds Timur, yang akan digabungkan ke dalam kawasan penempatan haram Gilo di barat daya kota Salfit.
Bangunan tersebut akan dibina di atas tanah seluas 1.5 hektar yang dirampas dari sebuah keluarga Palestin, yang terletak di luar Green Line (sempadan tahun 1967).
Keluarga Darwish mempunyai dokumen yang mengesahkan bahawa mereka dalah satu-satunya pemilik tanah tersebut sejak zaman pemerintahan Khilafah Uthmaniyah lagi. Rejim Zionis mendakwa tanah tersebut menjadi hak mereka sejak 50 tahun lalu.