Rejim Zionis rancang bina ratusan buah rumah penempatan haram baharu di al-Quds

AL-QUDS, 28 Ogos 2017 — Menteri Dalam Negeri Zionis Gilad Erdan sedang mengkaji langkah-langkah keselamatan bagi membina ratusan buah rumah penempatan haram baharu berdekatan kawasan Ras al-Amoud di bandar Silwan, selatan Masjid al-Aqsa.

Semalam, Erdan bersama pegawai polis Zionis membuat lawatan ke lokasi penempatan tersebut di bandar Silwan, yang akan turut melibatkan kawasan kejiranan Palestin di Baten al-Hawa. Beliau berikrar untuk mengambil semua langkah perlu bagi memastikan “keselamatan peribadi” setiap keluarga pendatang Yahudi yang ingin tinggal di Silwan.

(PIC, PNN)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts