Rejim Zionis rancang halang laungan azan di Baitulmaqdis

BAITULMAQDIS, 2 Jan 2019 — Datuk Bandar Zionis di Baitulmaqdis, Moshe Lion, merancang untuk menghalang laungan azan menggunakan pembesar bersuara kuat di kota suci itu.

Laporan media Zionis semalam menyebut rancangan tersebut sebagai salah satu langkah awal Lion yang mula bertugas bulan lalu, setelah memenangi pilihanraya tempatan pada bulan November.

Sebahagian daripada langkah beliau adalah dengan menggantikan pembesar-pembesar suara lama dengan alat baharu yang mengeluarkan bunyi lebih perlahan. Suara laungan azan tidak akan dibenarkan melebih had yang dibenarkan oleh undang-undang gangguan bunyi, dan polis diberi kebenaran memaksa bunyi pembesar suara diperlahankan.

Pada bulan Mac 2017, parlimen Zionis tidak dapat meluluskan “Rang Undang-Undang Muazin” kerana hanya melepasi peringkat undian pertama. Usulan undang-undang Zionis perlu melepasi tiga peringkat udian untuk diterima.

Undang-undang tersebut bertujuan menghadkan penggunaan pembesar suara ketika laungan azan.

(PIC, PNN)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts